Jho Low mana, Sajat dah tangkap- Rayer tanya Menteri Luar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyoal Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di mana keberadaan usahawan kontroversi, Jho Low memandangkan Nur Sajat telah ditahan pihak berkuasa.

Katanya, penangkapan Muhammad Sajjad Kamaruzaman atau Nur Sajat di Bangkok, Thailand baru-baru ini membawa persoalan sama ada kerajaan turut mempergiat pencarian Jho Low bagi membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Umum mengetahui bahawa Muhammad Sajjad Kamaruzaman telah ditahan di Thailand dan akan dibawa masuk ke Malaysia untuk menghadapi tuduhan. Soalan saya adalah, bagaimana pula dengan Jho Low?

“Apakah tindakan yang akan diambil? Adakah kerajaan akan melakukan tindakan yang sama malah lebih agresif untuk mengesan dan membawa balik Jho Low atau tindakannya akan lebih perlahan sekarang kerana Ahli Parlimen Pekan menjadi backbencher kerajaan,?” soal Ahli Parlimen Jelutong itu.

Menjawab soalan itu, Saifuddin berkata, ia bukan di bawah bidang kuasanya dan menganggap dakwaan Rayer tidak adil terhadap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Terima kasih atas soalan tetapi ini bukan di bawah bidang kuasa saya.

“Namun, saya rasa tidak adil ayat yang terakhir daripada Ahli Parlimen Jelutong yang mana ia membawa makna yang tersirat. Saya akan tanya pada menteri yang berkaitan untuk perkara ini,” jawab Saifuddin di Dewan Rakyat pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat