KPM sediakan jadual giliran operasi PdP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Manual pengoperasian pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara penggiliran akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Radzi Jidin berkata, KPM menyediakan manual pengoperasian PdP secara penggiliran sebagai panduan kepada guru besar, guru, pelajar, ibu bapa serta penjaga.

Menurut beliau, manual berkenaan adalah bertujuan memastikan PdP secara penggiliran dapat dilaksanakan dengan baik sebaik sekolah dibuka mulai 3 Oktober ini.

“Sebelum sekolah dibuka untuk PdP bersemuka, guru akan menetapkan kumpulan murid dan giliran hadir ke sekolah.

“Kemudian, guru akan memaklumkan kepada setiap kumpulan murid mengenai persediaan yang perlu dilaksanakan ketika menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara sendiri atau sebelum hadir ke sekolah untuk PdP bersemuka,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Radzi berkata demikian menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai pembukaan sekolah secara penggiliran dan apakan perincian pelaksanaannya.

Sebelum ini Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan sistem penggiliran untuk murid hadir ke sekolah dibuat bagi mengelak kesesakan dan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata menerusi sistem itu, setiap kelas dibahagikan kepada dua kumpulan dan penggiliran dilakukan dengan pembahagian hari bagi murid untuk hadir ke sekolah dan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Dalam tempoh terdekat ini kita nak cadangkan supaya diadakan sistem penggiliran bagi sekolah yang dibuka bertujuan mengelak kesesakan murid di sekolah.

“Contohnya, satu kelas Tahun Enam ada 40 murid, bahagikan kepada dua kumpulan, kalau sekolah di Kedah, Kelantan atau Johor, kumpulan A datang ke sekolah pada Ahad, Isnin, Selasa manakala kumpulan B pula menjalani PdPR,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat