SPRM selamatkan Sabah Daripada Korupsi Shafie Dan Konco-konconya

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah didesak membuka semula fail korupsi melibatkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) demi menyelamatkan hak anak Sabah.

Calon N25 DUN Kepayan yang juga Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (STAR Sabah), Jafery Jomion berkata, Shafie yang pernah menjawat Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah yang diamanahkan peruntukan RM38.8 billion.

Selain itu katanya, Sabah dikhaskan peruntukan RM14.6 billion, yang meliputi Rancangan Malaysia RMK9 dan RMK10.

“Namun, dana yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan Sabah kerana Shafie dan konco-koncunya korup. Dia (Shafie) lesapkan RM1.5 billion daripada peruntukan tersebut dan telah pun dihadapkan ke mahkamah.

“Manakala Amarjit Singh, seorang jurutera yang ditangkap SPRM berkenaan kes penyelewengan RM1.5 billion di Sabah, dilantik pula menjadi Ketua Jabatan Air Sabah selepas PRU14 oleh Shafie sendiri,” dakwanya ketika ditemui di Pejabat SPRM Sabah, di sini, hari ini.

Jafery juga mendakwa Naib Presiden Parti Warisan , Peter Anthony sendiri terlibat dengan kes mencuri RM15.5 juta duit Risda Sabah yang lesap dalam satu transaksi pembelian tanah.

“Pembelian tanah tak jadi, tapi duit deposit lesap masuk akaun-akaun orang yang dikenali rapat dengan Peter dan Shafie,” dakwa.

Jafery berkata, kes-kes yang didedahkan ini pernah didakwa di mahkamah, hal demikian beliau percaya SPRM sudah mempunyai data kes lengkap sehingga berlaku pendakwaan namun digugurkan.

“Kini kami anak jati Sabah sangat berharap semua kes yang mempunyai fakta sangat jelas harus dibuka semula dan Shafie serta konco-konconya wajib didakwa kerana merompak dan korup harta negara khususnya bumi Sabah.

“Terbaru ialah RM1.5 billion wang rakyat Sabah hancur kerana projek rundingan terus. Adakah pemberian projek yang disegerakan ini ada kaitan dengan dana pilihan raya calon Warisan ?

“Peter Anthony juga, semasa menjadi Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, telah meluluskan empat projek rundingan terus membabitkan penyelenggaraan jalan raya bernilai RM1.55 billion,” dakwanya.

Selain itu, Jafery juga memberitahu penguasaan keluarga Shafie dalam jawatan-jawatan penting di Sabah yang dikatakan menyedut kekayaan di negeri ini.

Jangan biarkan mereka terus menipu orang Sabah dengan menanam sentimen anti Semenanjung,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat