Agong Tangguh Jumpa Anwar, Wan Azizah – Istana Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah menangguhkan majlis mengadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang dijadualkan pada Selasa, 22 September, semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan media memaklumkan, penangguhan pertemuan tersebut susulan kegeringan Yang di-Pertuan Agong yang kini masih menjalani rawatan di bawah pengawasan para pakar perubatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin, Jemaah Menteri Kabinet dan individu-individu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda.

“Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard kerana negara masih menghadapi ancaman penularan wabak COVID-19.

Sehubungan itu, katanya, Al-Sultan Abdullah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama semoga kita dikurniakan keberkatan daripada Allah SWT.

Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dari segala bentuk ancaman dan dikurniakan kemakmuran yang berpanjangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat