Anwar Tak Peduli Kestabilan Negara

- Advertisement -

Kota Kinabalu- Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa percubaan memecahkan solidarati Gagasan Rakyat Sabah (GRS) yang sedang dalam pecutan akhir berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September ini.

Selain itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa juga berkata, tindakan Anwar umum mempunyai majoriti kukuh juga bertujuan menggoyahkan kerajaan pusat dan berharap dapat menyuntik nilai tambah kepada Warisan Plus.

“Kenyataan Anwar adalah percubaan memecah solidariti GRS dan melunturkan “incumbancy” kerajaan pusat.

“Dengan itu dia (Anwar) harap dapat faedah kepada Warisan Plus.

“Ini sikapnya dari dulu tanpa peduli kesan buruk pada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” kata Anuar di Twitternya.

Hari ini Anwar mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan namun, tidak memberitahu jumlah sokongan tersebut.

Katanya, butiran akan hanya diberikan selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam pada itu, susulan pengumuman Ahli Parlimen Port Dickson itu, Malay Mail melaporkan Indeks utama FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menurun dua peratus kepara 8.32 pada tengahari tadi sejurus sidang media Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat