PAS Pahang tamak kuasa – Pemuda UMNO Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim menyelar sikap pemimpin PAS Pahang yang tamak kuasa mengeluarkan kenyataan politik berhubung kekosongan kerusi DUN Pelangai.

Tegas Kamil, PAS tidak menghormati mangsa-mangsa dan waris-waris tidak sampai 24 jam dikebumi mereka terus cerita pasal Pilihan Raya.

Menurutnya lagi, kebanyakan kawasan yang dimenangi ADUN PAS tetapi kebajikan rakyat di bawahnya masih tidak terbela, tiada idea, dan tidak prihatin.

“Kita sama-sama nilaikan lah sikap yang tamak kan kuasa bertopengkan agama terus cerita pasal nak kan kerusi. Tak menghormati mangsa-mangsa dan waris-waris.

“Kalau kita cek di kawasan-kawasan yang ADUN PAS menang di Pahang ni kebanyakan kebajikan rakyat dibawahnya tidak terbela. Takda idea dlm pembangunan, keperihatian dan kebajikan kepada rakyat yang penting mereka nak kan kuasa menjadi ADUN lepas tu tinggal.

“Sebagai contoh DUN Cheka dimana timbalan presiden PAS itu sendiri sebagai ADUN nak nampak muka pun susah di kawasan. Rakyat DUN Cheka terpaksa mangadu nasib kepada wakil-wakil YAB Menteri Besar di kawasan beliau. Sama juga berlaku di DUN-DUN lain di bawah wakil Rakyat PAS.” kata Mohd Kamil menerusi kenyataan Facebooknya, pada Rabu.

Ujar beliau, tidak guna menjadi pemimpin tetapi tidak menjaga rakyat di bawahnya.

Beliau menyeru pengundi-pengundi di Pelangai agar memilih pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab serta tidak melupakan jasa dan pengorbanan Dato’ Sri Johari selama ini.

“Kita ni berpolitik ada adab, amanah dan tanggungjawab. Kalau nak kan kuasa tetapi tidak menjaga Rakyat dibawah saya kira berhenti lah bercita-cita menjadi pemimpin.

“Saya pesan kepada orang Pelangai, ingatlah jasa dan pengorbanan Arwah selama ini. Jangan biarkan pelangai menjadi seperti kawasan lain yang di wakili ADUN PAS di Pahang hanya pandai berkata tapi kebajikan tidak dijaga.

“Kepada waris mangsa saya ucapkan Takziah di atas pemergian ahli keluarga tercinta. AL Fatihah.” katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jaabar menerusi satu kenyataan Facebooknya berkata, Perikatan Nasional (PN) Pahang buru kerusi ke 18.

Menurutnya, pihaknya sudah memulakan persiapan awal bagi proses Pilhan Raya Kecil (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang akan diwartakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi.

Ia berikutan pihak SPR Pahang telah menerima Notis Pengisytiharan Kekosongan bagi kerusi DUN itu semalam yang diserahkan oleh Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin kelmarin.

Kata Rosli, pihaknya mula bermesyuarat bagi menyenaraikan nama calon-calon yang berkelayakan untuk diserahkan kepada PAS Pusat.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat