Mesyuarat Exco Pahang sayu tanpa Allahyarham Johari – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa sayu kerana ketiadaan Allahyarham Dato’ Sri Johari bin Harun di Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), hari ini.

“Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini berlangsung dalam suasana yang sayu selepas pemergian Allahyarham Dato’ Sri Johari bin Harun,

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham serta menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.” Ujar Wan Rosdy menerusi catatan Facebooknya, sebentar tadi.

Terdahulu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, pada Khamis lepas.

Ketika kejadian, Johari yang juga Ketua UMNO bahagian Bentong, dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Sementara itu, Wan Rosdy menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada 10 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 211,600 di Lobi Utama, Majlis Perbandaran Bentong sebelum memulakan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).-SUARATV

 

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat