Nasihat Buat Azeem, Jangan Pandang Rendah Atlet Lain – Jurulatih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemegang rekod kebangsaan 100 meter (m), Muhammad Azeem Fahmi diingatkan tidak memandang rendah kemampuan atlet lain biarpun tampil sebagai pilihan bagi merangkul gelaran raja pecut Sukan Malaysia (SUKMA) MSN 2022, bulan depan.

Jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah, berkata tiga pelari iaitu Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan, Muhammad Arsyad Md Saat (Johor) dan Muhammad Fakhrul Abdul Aziz (Pulau Pinang) dijangka menjadi ancaman utama kepada Azeem yang akan mewakili Perak.

“Pada SUKMA kali ini, Azeem akan menyertai acara 100, 200 dan 4x100m. Namun, untuk acara lari berganti-ganti ia bergantung kepada keadaan semasa dia ketika itu.

“Nasihat saya kepada Azeem dia tidak boleh pandang rendah kemampuan atlet, dia perlu buat persiapan terbaik bagi menghadapi SUKMA kali ini,” katanya.

Amir, berkata selaku jurulatih dia tidak meletakkan sebarang sasaran khusus buat pelari berusia 18 tahun itu pada temasya kali ini sebaliknya menganggap jika Azeem berjaya memenangi pingat emas ia adalah bonus buat atlet berkenaan.

“Perak memang meletakkan sasaran pingat kepada Azeem tetapi saya sebagai jurulatih secara peribadi hanya mahu dia melakukan yang terbaik. Sebarang keputusan yang diraih di SUKMA saya terima dan jika dia menang emas itu adalah bonus untuk dirinya.

“Apa yang saya boleh pastikan adalah Azeem melakukan persiapan yang secukupnya sebelum dia beraksi di SUKMA kali ini,” kata Amir.

Azeem mencetuskan fenomena awal bulan ini selepas dia berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100m dengan catatan 10.09 saat (s) ketika mengungguli saringan lapan Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun yang berlangsung di Colombia.

Catatan itu menyaksikan Azeem memperbaharui rekod kebangsaan yang sebelum ini dipegang Khairul Hafiz Jantan 10.18s ketika dia memenangi pingat emas pada SUKMA 2016 di Sarawak.

Dia yang layak sehingga peringkat akhir di Colombia bagaimanapun terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan catatan 10.14s. online. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat