Najib boleh terlibat politik semula selepas 17 tahun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tidak boleh bertanding dan terlibat dengan politik dalam tempoh lima tahun selepas bebas dari penjara.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, dalam erti kata lain, Najib boleh terlibat kembali dalam arena politik selepas 17 tahun iaitu pada tahun 2039- dengan mengambil kira hukuman yang dijatuhkan kepadanya iaitu selama 12 tahun.

Jika dicongak, umur Najib pada tahun 2039 ialah 86 tahun.

Selain itu, Haniff juga berkata Najib turut hilang keistimewaan sebagai bekas perdana menteri seperti wang pencen.

Bagaimanapun, katanya, Najib dapat menikmati semula pencen dan bertanding pilihan raya jika mendapat pengampunan diraja dari Yang Dipertuan Agong seperti termaktub dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, lapor Utusan Malaysia.

“Proses pengampunan diraja antara pesalah dan Lembaga Pengampunan dan tidak mempunyai kaitan dengan mahkamah,” katanya.

Ahli politik yang pernah dipenjara dan kemudian mendapat pengampunan diraja ialah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bukan sahaja keluar dari penjara, tetapi turut bebas daripada semua rekod kesalahan dan penjara.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib dalam kes rasuah melibatkan SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta.

Najib justeru akan menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tengku Mat.

Selain Tengku Maimun, empat lagi yang mendengar permohonan Najib ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim, selain hakim kanan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan, dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Panel lima hakim dipengerusikan Tengku Maimun menolak rayuan bekas perdana menteri itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat