Deraf Kerja Penghakiman Kes Najib Yang Bocor Belum Dimuktamadkan – PKPMP

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) mengesahkan deraf penghakiman yang disiarkan petang tadi dalam laporan portal Malaysia Today bertajuk Najib Razak’s SRC Appeal: THE JUDGEMENT merupakan deraf kerja penghakiman yang belum dimuktamadkan.

“Pejabat (PKPMP) ini mendapati penghakiman yang disiarkan portal tersebut merupakan suatu deraf kerja bagi penghakiman dalam tiga rayuan berhubung dengan kes Datuk Seri Mohd Najib Bin Hj Ab Razak v PP yang telah bocor kepada pihak media.

“Pejabat ini mengesahkan bahawa deraf kerja penghakiman yang telah bocor itu merupakan deraf kerja yang belum dimuktamadkan.

“Penghakiman muktamad hanya disampaikan di Mahkamah Terbuka pada lebih kurang jam 4 petang pada tarikh sama. Disapati bahawa dokumen yang bocor itu telah diubahsuai,” kata PKPMP menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

PKPMP berkata, perbuatan tersebut merupakan suatu tindakan sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian Mahkamah dan pentadbiran keadilan.

“Penyiasatan dalaman telah pun dimulakan dan laporan polis telah dibuat.

“Pejabat ini menegaskan bahawa Badan Kehakiman tidak kaan diganggu gugat oleh perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistem kehakiman negara,” kata kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat