Artis serumpun jayakan konsert merdeka di Tawau

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berkonsepkan serumpun, artis Malaysia dan Indonesia bakal menghangatkan Malam Merdeka Kita Bah 2022 bagi meraikan Hari Kebangsaan Ke-65, di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 30 Ogos ini.

Meraikan kemerdekaan pada fasa peralihan endemik, konsert berkenaan menjanjikan pengisian istimewa melalui pendekatan berbeza diambil penganjur.

Apa yang menarik, semua penyanyi Malaysia dan Indonesia yang bakal beraksi mempunyai pengikut dan peminat, malah meraih tontonan tinggi di YouTube.

Penganjur konsert, Pengarah Urusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof, berkata ada penyanyi yang bakal beraksi merekodkan jumlah tontonan lebih 100 juta di YouTube.

“Sengaja kami gabungkan penyanyi Malaysia dan Indonesia sebagai lambang serumpun pada malam bersejarah itu kelak.

“Lagipun, Indonesia baru menyambut Hari Kemerdekaan, jadi bagi saya, sangat sesuai untuk kita sama berkongsi semangat nasionalisme ini,” katanya pada sidang media mengumumkan penganjuran Malam Merdeka Kita Bah 2022 di ibu negara, baru-baru ini.

 

Pengarah Urusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof dan Hazama pada sidang media pengumuman Malam Merdeka Kita Bah 2022 di ibu negara, baru-baru ini. - NSTP/Aziah Azmee
Pengarah Urusan Hype Global Ventures, Johari Mohd Yusof dan Hazama pada sidang media pengumuman Malam Merdeka Kita Bah 2022 di ibu negara, baru-baru ini. – NSTP/Aziah Azmee

 

Antara penyanyi yang akan beraksi pada konsert itu adalah Hazama, Isnin Umbrella, Shidi Data, Azan, Hafiz Umbrella Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.

Mengulas mengenai pemilihan Tawau sebagai lokasi konsert, Johari berkata, kedudukan geografi bandar itu memudahkan peminat dari negara jiran menyaksikan persembahan.

“Kami sangat mengalu-alukan peminat bukan sahaja dari Tawau, malah Indonesia. Kompleks Sukan Tawau mempunyai kapasiti besar, selain berdekatan dengan Kalimantan,” katanya.

Johari berkata, selain konsert yang menjadi acara kemuncak, pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung karnival seperti pertandingan karaoke, saingan antara band dan jualan karnival meliputi makanan, pakaian dan pelbagai barangan.

Sebagai kesinambungan semarak patriotik di Tawau, penganjur turut mementaskan Malam Santai Musical di Hype Uptown Night Bazar Seri Kembangan, Selangor pada 2 September ini.

Persembahan itu menampilkan Zidan, Angga Candra, Nabila Maharani, Tri Suaka dan Valdy Nyonk.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat