Lagu Aliff Syukri tidak lagi nombor satu

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Datuk Seri Aliff Syukri, 35, tidak lagi menjadi penyanyi nombor satu negara seperti yang diiktirafnya sendiri sebelum ini.

Ia selepas kedudukan tempat pertama carta trending YouTube dirampas artis bertaraf antarabangsa BLACKPINK menerusi lagu terbaharu mereka Pink Venom sejak mula dilancarkan tiga hari lalu.

Video muzik (MV) rasmi kumpulan asal Korea Selatan itu sudah mencecah lebih 175 juta tontonan, manakala MV lagu Baby Sayang duet bersama Baby Shima kini jatuh di tempat kedua dengan hanya 1 juta tontonan.

Sementara itu, di aplikasi TikTok tular apabila seorang pengguna mendedahkan dakwaan Aliff yang mengatakan dirinya penyanyi nombor satu selepas MV lagunya mengalahkan BLACKPINK adalah satu kesilapan.

Menerusi hantaran video dimuat naik pengguna @alexhkf ketika itu hanya membabitkan teaser video muzik lagu Pink Venom dan bukan video muzik rasmi.

“Bang yang tu teaser saja. Ini baru ‘views’ yang betul. Jangan malukan kita ‘please’,” katanya.

Dipaparkan ketika itu tontonan MV Pink Venom sudah mencecah 49 juta tontonan hanya selepas sembilan jam ia dilancarkan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Aliff menyifatkan rakyat Malaysia tidak tahu menilai bakatnya sebagai penyanyi nombor satu negara kerana semua 10 lagu pernah dihasilkannya selama ini sentiasa ‘trending’ di YouTube.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman ketika ditemui berkata, dia mengaku dirinya sebagai penyanyi nombor satu kerana memang layak dengan gelaran itu disebabkan pencapaian lagu yang sentiasa ‘trending’ di platform digital.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat