Sekontena Lemak ‘Makhluk’ Itu Dirampas

- Advertisement -

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri merampas kira-kira 16 tan lemak babi yang digunakan untuk membuat biskut dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini Isnin lalu.

Jurucakap Maqis negeri berkata, ketika operasi kira-kira pukul 9 malam itu, pihaknya mendapati satu kontena yang membawa masuk produk proses berkenaan yang diisi di dalam tong bersaiz 10 kilogram (kg) setiap satu.

Tambahnya, siasatan mendapati produk itu dibawa masuk tanpa mematuhi syarat-syarat import seperti yang dinyatakan dalam Permit Import Maqis iaitu tiada nama dan alamat loji pada label pembungkusan.

“Sebanyak 16,200 kg lemak babi itu yang bernilai RM110,456.37 telah disita untuk tindakan lanjut.

“Tujuan dagangan dari Belanda itu diimport adalah sebagai bahan dalam pembuatan biskut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728]. – UTUSAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat