Ramai Yang Sertai Bersatu Banding Yang Keluar Kata MB Perak

- Advertisement -

Tanjung Malim – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyifatkan tindakan sebilangan pemimpin yang mengumumkan keluar daripada parti itu sebagai tidak akan memberi kesan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditemui SuaraTV berkata bilangan ahli baharu yang menyertai PPBM adalah lebih ramai berbanding mereka yang keluar.

“Siapa yang keluar, setahu saya ramai yang masuk (PPBM) tiap hari banding keluar jadi isu ni tidak mendatangkan kesan,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian sejurus selepas mengadakan lawatan ke Kg Hendra, di sini sebentar tadi.

Ketika diminta mengulas mengenai cadangan untuk meminda Perlembagaan parti bagi membolehkan penyertaan kaum lain Ahmad Faizal berkata ia bukan satu isu yang besar.

“Penyertaan kaum lain termasuk memegang jawatan dalam parti itu hanya di peringkat biro, jadi pada saya ia bukan satu isu,” katanya lagi.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu berkata, parti itu akan membentangkan cadangan tersebut kepada jawatankuasa khas yang diketuai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim untuk dipersetujui bersama di peringkat MPT.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat