PRK Slim: NGO Anak Felda Minta Maaf Pada Presiden BN

- Advertisement -

Tanjung Malim – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kami Anak Felda (KAF) hari ini menzahirkan permohonan maaf kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ekoran kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu.

Presidennya, Fakhrul Razi Husin ketika menyampaikan ucapan alu-aluan berkata pihaknya mewakili anak-anak Felda melahirkan rasa kesal atas apa yang telah dilakukan sebelum ini.

“Kami ingin meminta maaf pada Datuk Seri (Ahmad Zahid) atas apa yang berlaku sebelum ini (tidak menyokong calon BN di dalam PRU14), namun kami berjanji ia tidak akan berulang kembali.

“Kami akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi (PRK Slim) seperti sebelum ini, ini janji kami,” katanya di Port Budak Felda di sini sebentar tadi.

Sementara Ahmad Zahid ketika memberikan ucapan berkata menerima permohonan maaf tersebut.

“Nasib baik dia taubat nasuha cepat, tapi tak apa kita tutup buku lama dan buka buku baru.

“Saya akan maklumkan pada Perdana Menteri untuk menambah pembinaan bagi rumah-rumah generasi ke-3 dan ke-4.

“Paling penting pembayaran balik hendaklah tidak kurang dari 25 tahun, kalau tidak cukup mungkin boleh di tambah kepada 30 tahun,” kata Zahid.

Program santai anak-anak Felda bersama Ahmad Zahid pada petang itu turut dihadiri bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad; Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,576FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat