Azmin Sahkan MIC Sertai Perikatan Nasional

- Advertisement -

Tanjung Malim – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seti Mohamad Azmin Ali hari ini mengesahkan parti Malaysia Indian Congress (MIC) telah menyertai Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Azmin ketika berucap di hadapan masyarakat India di Kampung Ladang Sungkai turut mengucapkan terima kasih atas sokongan tersebut.

“Kita sudah daftar PN, terima kasih MIC kerana menyokong PN,” katanya ketika berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz sebentar tadi.

Sementara itu, Azmin turut menyifatkan Pakatan Harapan telah gagal mentadbir sepanjang 22 bulan menjadi kerajaan.

“22 bulan PH jadi kerajaan dan negeri, mereka gagal mentadbir dengan baik, jikalah penularan Covid-19 PH masih kerajaan, rasanya ramai yang akan mati.

“Di Kg Ladang Sungkai ada dewan serbaguna, mereka nak baiki pun tak mampu,” ujarnya lagi.

Azmin turut menegaskan kerajaan akan pastikan masyarakat India mendapat akses pendidikan dan kesihatan yang lebih baik. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat