Populariti menurun, salah pilih lagu

Jika KM Daripada Bersatu, BN Wajar Mengadap Agong Bubar Parlimen

Kuala Lumpur - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sewajarnya menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Ketua Menteri Sabah baharu dilantik daripada...

Warisan Didakwa Tawar ADUN PBS Duit, Jawatan Untuk Lompat

Kota Kinabalu - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal cuba bermain politik kotor. PBS...

#PRNSabah : Beberapa ADUN Warisan Dijangka Akan Lompat Parti Sertai GRS

Kota Kinabalu - Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Warisan Sabah (Warisan) di katakan akan melompat untuk menyertai kerajaan negeri pimpinan Gabungan...

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

KUALA LUMPUR: Tidak sedikitpun timbul kekesalan di hati penyanyi Kepuraanmu, Luqman Faiz, 20, apabila graf populariti semakin menurun, sejak akhir-akhir ini.

Sungguhpun single kedua, Takhta Cinta tidak mendapat impak sebesar lagu Kepuraanmu yang meraih 28 juta tontonan di laman YouTube, bagaimanapun Luqman tetap bersyukur masih mendapat jumlah tontonan lebih 1 juta tonton selepas dilancarkan tahun lalu.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, dia tidak mampu meramalkan masa depannya dalam dunia nyanyian.

“Saya akui, perjalanan kerjaya nyanyian saya agak perlahan, sejak akhir-akhir ini. Jika tahu bakal diduga, tentunya saya tidak mengambil masa lama untuk tampil dengan single baharu.

“Di situ, saya rasa ralat. Saya lihat formula yang dibuat sesetengah penyanyi, mereka akan memperkenalkan single baharu, sebaik merasakan sambutan single yang terdahulu sudah mula berkurangan.

“Apabila single semakin sendu, mereka akan segera memperkenalkan muncul karya baharu yang mantap. Peminat akan nampak kesinambungan kerjaya seseorang penyanyi. Selain itu, saya membuat pilihan kurang tepat apabila tidak memilih lagu balada.

“Kononnya ingin mencuba genre muzik yang baru bagi menampilkan kelainan, tetapi ternyata rezeki saya lebih terarah kepada muzik balada,” katanya kepada BH Online.

Luqman Faiz hasilkan single ciptaan sendiri, tampil kisah benar yang berlaku pada rakan serumahnya. - Foto IG Luqman Faiz
Luqman Faiz hasilkan single ciptaan sendiri, tampil kisah benar yang berlaku pada rakan serumahnya. – Foto IG Luqman Faiz

Bagi single ketiga, Luqman berkata, dia ingin menampilkan kelainan dengan memilih genre reggaeton, namun belum sempat single berjudul Loco Loco dilancarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kami merancang melancarkan single Loco Loco pada Mac sempena ulang tahun kelahiran ke-20. Malangnya, hasrat itu terkubur berikutan tempoh PKP.

“Nampaknya, hasrat melihat single ini dilancarkan tidak kesampaian apabila syarikat rakaman, Aries Music memilih memasukkan lagu ini dalam album penuh.

“Insya-Allah, saya akan muncul dengan lagu ciptaan Sirkhan, kemudian disusuli lagu ciptaan saya sendiri bergenre balada. Saya melihat genre balada adalah kekuatan saya, jadi saya mahu menghasilkan genre yang disukai,” katanya.

Penyanyi kelahiran Shah Alam, Selangor itu berkata, single ciptaannya dipetik daripada kisah benar yang berlaku pada teman serumahnya di kolej.

“Single ini menceritakan kisah seorang lelaki yang ditinggalkan kekasihnya berikutan berkahwin dengan lelaki lain tanpa pengetahuan. Ia adalah kisah benar yang berlaku kepada teman serumah.

“Diselitkan elemen muzik 1990-an, namun tetap ada suntikan moden. Saya menyiapkan melodi dan lirik dalam tempoh tidak sampai sejam. Saya selami hati dan meletakkan diri di tempat rakan saya.

“Jujurnya, saya meletakkan harapan tinggi untuk single yang belum diletakkan judul ini untuk mengembalikan populariti seperti lagu Kepuraanmu,” katanya.

Mengulas hubungan dengan bekas kekasih yang juga rakan kongsi perniagaan tudungnya, Luqman berkata, meskipun hubungan pernah kecundang, namun mereka bersikap profesional demi kerja.

“Saya dan bekas kekasih tetap berkawan baik, walaupun hubungan cinta tidak menjadi. Tiada sebab untuk kami bermusuh, lebih lagi kami mengusahakan koleksi tudung, Daunshawl bersama.

“Ada masanya, saya ke rumahnya untuk menghantar stok tudung. Bagaimanapun, hubungan lebih bersifat profesional dan berkawan baik, tetapi tidak mungkin terjadi jika mahu menjalinkan hubungan cinta semula,” katanya.

Berita harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tiada jalan pintas

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak. Sesukar mana...

Kota idaman gamit pelancong

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka. Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik...

Huawei lancar Watch Fit dengan jangka hayat bateri 10 hari

Beberapa tahun lalu, Huawei memperkenalkan variasi peranti boleh pakai keluarannya dan kini syarikat gergasi elektronik berkenaan memperkenalkan siri Watch Fit yang menawarkan jangka hayat...