Inilah makna sebenar Kerajaan Madani bertanggungjawab bukan hanya tabur janji – Menteri KDN

KUALA LUMPUR – Pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan berita baik yang mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan Madani untuk terus mengutamakan kebajikan rakyat sambil memastikan kedudukan kewangan negara kekal terpelihara.

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pemberian beberapa inisiatif penghargaan kepada rakyat Malaysia ini bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup, tetapi juga menggalakkan peredaran ekonomi dalam negara.

“Antara yang dapat memberi impak langsung kepada rakyat termasuk penurunan harga petrol bermula Oktober, penangguhan kenaikan tol sehingga hujung tahun dan pemberian tunai sejumlah RM22 juta kepada rakyat berumur 18 tahun ke atas.

“Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, Perdana Menteri telah memilih untuk mendahulukan usaha pemulihan ekonomi negara sebelum melaksanakan janji-janji besar yang pernah dinyatakan.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya melihat secara langsung bagaimana pentadbiran ini menekankan kawalan ketirisan, pengurusan perbelanjaan secara berhemah dan penolakan terhadap rasuah. Hasilnya kini dikembalikan kepada rakyat.

“Inilah makna sebenar Kerajaan Madani yang bertanggungjawab – bukan hanya menabur janji, tetapi menunaikannya dengan integriti dan keutamaan kepada rakyat,” puji Saifuddin.

Ujar beliau, keputusan ini dibuat dengan penuh pertimbangan terhadap kemampuan fiskal negara dan keperluan rakyat.

“Apabila kadar inflasi kini berada pada paras 1.5 peratus, aliran masuk pelaburan asing meningkat, dan nilai ringgit kembali kukuh, maka tiba masanya untuk rakyat merasai hasil usaha tersebut.

“Penangguhan kenaikan tol dan pemberian tunai ini sangat signifikan, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah yang membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk makanan dan pengangkutan,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat