KUALA LUMPUR — Kerajaan akan melancarkan Rangka Kerja Kemahiran Masa Hadapan (FSF) untuk 10 sektor hujung September tahun ini.
Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Steven Sim Chee Keong berkata FSF dijangka mampu memberi panduan kepada lebih 4.5 juta pekerjaan di negara ini.
“10 sektor berkenaan merangkumi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); makanan dan perubatan; pembuatan makanan dan perkhidmatan; pembuatan farmaseutikal; aeroangkasa; elektrik dan elektronik; perdagangan borong dan runcit; kimia dan peranti perubatan; tenaga; serta perkhidmatan perniagaan global.
“Penambahan sektor kewangan akan menjadikan 11 sektor setakat ini membabitkan keseluruhan 4.67 juta pekerja,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Rangka Kerja Kemahiran Masa depan (FSF) semalam.
Beliau berkata, 10 sektor ini akan mengambil pendekatan metodologi sama seperti FSF yang dipacu data dan industri dengan wajaran tambahan terhadap kesan AI, Pendigitalan dan Ekonomi Hijau.
Tambahnya, KESUMA juga akan mewujudkan portal interaktif untuk membolehkan perniagaan, pekerja, pelajar, pengubal dasar dan sesiapa sahaja merujuk rangka kerja ini yang akan kemas kini secara berkalaz
“Portal yang akan diwujudkan KESUMA itu juga membolehkan pengguna dihubungkan dengan kursus kemahiran sedia ada dan perkhidmatan padanan pekerjaan.
“Ini akan menandakan pencapaian baharu dalam pembuatan dasar kita di mana industri, kerajaan dan bidang akademik bekerjasama untuk menghasilkan alat yang berkuasa bagi membentuk keputusan pada setiap peringkat atau untuk membimbing dalam membuat keputusan,” katanya.