Tengku Zafrul Wajar Lepaskan Jawatan Bendahari UMNO Dan BN Selangor

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja dalam satu kenyataan hari ini berharap Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz dapat melepaskan jawatan Bendahari UMNO dan BN Selangor.

Ketua Pemuda UMNO Kota Raja, Mohd Zaffarollah Bin Mohd Nordin berkata, adalah tidak wajar YB Tengku Zafrul terus memegang jawatan utama parti apabila beliau tidak dilibatkan dalam rundingan kerusi dan strategi parti di peringkat negeri

Jelas beliau lagi seperti dipetik dari kenyataan tersebut, “(Jika) sekadar memegang jawatan tetapi disisihkan dari keputusan-keputusan penting menunjukkan pelantikan sebagai bendahari sekadar kosmetik semata-mata tanpa tanggung jawab yang signifikan”.

Walaupun kecewa dengan keputusan parti tidak mencalonkan Tengku Zafrul dalam PRN kali ini, Zaffarollah menegaskan bahawa pergerakkan pemuda bahagian itu akan tetap membantu calon-calon Pakatan Harapan yang bertanding di Kota Raja.
.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat