Penuhi 72 Syarat EIA, Sebelum Mula Projek Tambak Laut Pulau Pinang

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Projek Tambakan Laut Pulau Pinang Selatan (PSR) tidak akan dimulakan selagi ia tidak menepati 72 syarat kelulusan laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA), kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, kementerian menerima memorandum bantahan, sebahagian besarnya daripada kumpulan nelayan yang khuatir projek itu akan menyebabkan kemusnahan kekal dan impak negatif yang signifikan kepada sumber perikanan dan jaminan bekalan makanan negara.

“Kerajaan ambil serius semua projek pembangunan terutama yang tertakluk kepada perundangan EIA yang merupakan keperluan di bawah Seksyen 34(a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

“Penilaian EIA sangat ketat dan mengikut amalan antarabangsa. Oleh itu penggerak projek ini tidak boleh memulakan kerja di tapak selagi laporan itu tidak memenuhi 72 syarat ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Alias Hamid (PAS-Kemaman) meminta Tuan Ibrahim menyatakan langkah kerajaan bagi mengelakkan projek tambak laut yang memberi impak besar kepada alam sekitar itu diteruskan.

Tuan Ibrahim berkata, JAS menerima bantahan bertulis pada 29 Julai 2019 daripada Zakaria Ismail yang mewakili 185 nelayan di Sungai Batu, Pulau Pinang dan ia difailkan menerusi firma guaman pada 1 Ogos tahun lalu.

“Suka saya maklumkan ketika ini seramai 4,600 nelayan membantah projek ini,” katanya.

Pada 4 Jun, JAS menetapkan 72 syarat menerusi surat kelulusan EIA bagi pembinaan PSR.

Antara syarat itu adalah kajian teknikal terperinci dan mendapatkan ulasan jabatan teknikal sebelum dilaksanakan serta langkah mitigasi mengikut nasihat teknikal daripada jabatan berkaitan, terutama Jabatan Perikanan Malaysia bagi menangani impak projek ke atas sumber perikanan dan komuniti nelayan.

Projek mega kontroversi bernilai RM11 bilion itu, membabitkan pembinaan 3 pulau buatan di selatan Pulau Pinang dengan keluasan 1,821 hektar yang dijangka mengambil masa sehingga 15 ke 20 tahun untuk disiapkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat