Kisah Sedih RM1.71

- Advertisement -

NEW DELHI: Seorang budak lelaki terpaksa menolak pengusung untuk memindahkan bapanya dari satu wad ke wad lain di hospital di Deoria, Uttar Pradesh, India.

Ia selepas keluarganya tidak membayar upah 30 rupee (kira-kira RM1.71) yang diminta kakitangan hospital berkenaan.

Kisah budak lelaki berusia enam tahun itu kemudiannya mendapat perhatian warganet selepas video kejadian tular di media sosial.

Rakaman berdurasi lapan saat itu menunjukkan budak lelaki berkenaan menolak pengusung yang membawa ayahnya.

Pada masa sama, ibunya menarik pengusung itu dari hadapan.

Times of India melaporkan lelaki berkenaan, Chedi Yadaf mengalami kecederaan sebelum dia dibawa keluarganya ke hospital itu.

Isteri lelaki itu, Parvati mendakwa, kakitangan hospital meminta 30 rupee sebagai upah setiap kali menolak pengusung yang membawa pesakit.

Wanita itu mendakwa suaminya perlu dibawa ke wad lain untuk tujuan mencuci luka.

“Oleh kerana saya tidak memberi upah, mereka enggan menolak pengusung hingga saya terpaksa melakukannya dengan bantuan anak lelaki saya, Shivam,” katanya.

Dalam pada itu, Majistret Daerah Deoria, Amit Kishore mengunjungi keluarga berkenaan selepas kisah itu tular di media sosial.

Beliau juga mengarahkan satu panel siasatan bersama ditubuhkan bagi menyiasat kejadian.

Pegawai terbabit juga diminta menyerahkan laporan siasatan mereka dengan secepat mungkin.

-Harian Metro-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat