Pengawal Kem Konsentrasi Disabitkan Dalam Salah Satu Perbicaraan Nazi Terakhir Dalam Sejarah

- Advertisement -

BERLIN – Seorang bekas pengawal kem tahanan Nazi, disabitkan dengan ribuan tuduhan menyokong pembunuhan dan dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun, hari ini.

Lelaki berusia 93 tahun, yang dikenali sebagai Bruno D, didakwa dengan 5,230 tuduhan menyokong pembunuhan sepanjang masa sebagai pengawal SS di kem tumpuan Stutthof dari 1944 hingga 1945.

Dia didapati bersalah oleh mahkamah remaja Hamburg kerana membantu dan bersubahat dalam pembunuhan sekurang-kurangnya 5,232 orang. Dia didakwa di mahkamah juvana kerana dia berusia 17 tahun ketika bertugas di Stutthof.

Tertuduh sebelumnya mengaku sebagai pengawal di kem berkenaan, tetapi memberitahu mahkamah pada awal perbicaraannya bahawa dia tidak mempunyai pilihan pada masa itu.

Lebih 40 plaintif bersama dari Israel, Perancis, Poland dan Amerika Syarikat memberikan keterangan dalam perbicaraan tersebut.

Kes itu diputuskan lebih 75 tahun selepas Perang Dunia Kedua berakhir, menjadikan salah satu perbicaraan terakhir membabitkan bekas Nasi di Eropah.

Dianggarkan seramai 65 ribu orang terbunuh semasa Holocaust di kem tumpuan Stutthof, berdekatan bandar Poland bernama Gdansk.

Bruno D. menjadi perhatian pendakwa raya semasa perbicaraan bersejarah bekas pengawal Sobibor SS John Demjanjuk. Dia didakwa pada April 2019 dan tinggal bersama keluarganya di Hamburg. Menurut dakwaannya pada tahun 2019, Bruno D. dengan sengaja menyokong “pembunuhan yang zalim dan kejam” di kem tumpuan Stutthof

Tawanan di Stutthof dibunuh dengan cara ditembak di bahagian belakang leher, diracun dengan gas Zyklon B, dan dinafikan makanan dan ubat-ubatan menurut dokumen pendakwaan.

Pendakwa Jerman sedang menyiasat 14 kes lain yang berkaitan dengan kem tumpuan Buchenwald, Sachsenhausen, Mauthausen dan Stutthof, menurut Pejabat Pusat Penyiasatan Jenayah Nazi – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat