Kerajaan Shafie Di Sabah Pasti Tumbang Kata MP Kimanis

- Advertisement -

Desas-desus pertukaran kerajaan di Sabah yang hangat diperkatakan kini memasuki ‘pusingan akhir’ dan dijangka berlaku tidak lama lagi.

Ahli Parlimen BN Kimanis, Datuk Mohamad Alamin tidak menafikan khabar angin tersebut disebabkan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini semakin pincang termasuk hilang sokongan daripada partinya sendiri.

“Saya dengar angin semakin kencang setakat jam ini dan kita jangkakan benda ini akan berlaku. Berapa cepat kita tak pasti cuma angin perumpamaan itu sudah semakin kencang didengar saat ini.

“Kita tunggu sahaja mudah-mudahan ada berita yang mengejutkan akan berlaku. Bukan mengejutkan sangat tetapi djangka akan berlaku,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Semalam, SuaraTV melaporkan tentang desas-desus bahawa parti-parti pembangkang di Sabah sudah mempunyai bilangan kerusi yang cukup bagi menumbangkan kerajaan Warisan.

Di samping suasana sekitar Istana Negeri yang kelihatan sibuk dengan orang politik dan media, menunggu perkembangan terbaru politik di negeri itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat