Kenyataan Menteri Bodoh, Tak Pakai Otak Kata Afdlin Shauki

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menyifatkan kenyataan Menteri Komunikasi dsn Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebagai bodoh dan tidak mengunakan otak.

Afdlin melalui laman Instagramnya turut menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai menindas orang muda di negara ini.

“Lama aku diam, tak kacau orang. Yang betul aku sokong, yang tak aku doakan. Tapi dalam waktu serba kesusahan ni kau cakap benda macam ni dan nak tindas orang muda dan orang kreatif yang tak mampu nak beriadah dan cari rezeki.

“Korang dah tak nak jadi kerajaan ke apa? Buat statement/ruling bodoh macam ni! Maknanya semua handphone yg ada kamera yg di jual kalau nak beli, kena ada lesen? Macam nak beli senjata api? Social media semua kena ada lesen? Wow hebatnya plan kamu. Jangan Politikkan kerja kami Tuan,” bidasnya sebentar tadi.

Terdahulu, Saifuddin berkata rakyat di negara ini perlu mendapatkan lesen dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebelum melakukan sebarang rakaman walaupun untuk tujuan peribadi seperti Instagram dan TikTok.

Beliau berkata demikian ketika Seisi Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini, bagi menjawab soalan Wong Shu Qi (PH- Kluang).

Menurut Saifuddin Akta Finas merujuk kepada sebarang bahan yang dirakamkan termasuk filem pendek, dokumentari, trailer dan filem iklan.

Untuk mendapatkan lesen bagi pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat