Krisis Politik Sabah: Adun DAP Dakwa Ditawar RM20 Juta

- Advertisement -

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Elopura, Calvin Chong mendakwa beliau ditawarkan wan tunai sehingga RM20 juta oleh beberapa induvidu yang dipercayai sebagai ‘ejen keluar parti’ agar wakil rakyat itu meninggalkan partinya – DAP.

Selain wang tunai, Calvin mendakwa turut ditawarkan jawatan penting dan projek di negeri itu sejak sebulan yang lepas.

“Ada yang menawarkan setengah juta, RM1 juta, RM3 juta serta jawatan. Namun, jumlah yang tertinggi adalah sebanyak RM20 juta dan juga projek.

“Yang orang pertama, dia tanya saya ada minat mahu lompat atau tidak melalui telefon. Dia bilang (cakap) apa-apa pun boleh runding, macam duit atau jawatan itu kabinet atau pangkat dia boleh runding.

“Yang sekarang ini, terus jumpa saya, saya pun terkejut dia jumpa saya, dia tawar saya apa-apa pun boleh, yang penting saya mau lompat,” katanya kepada Astro Awani sebagai dipetik.

Beberapa hari ini, khabar dan berita berkenaan kerajaan Shafie Apdal yang bakal tumbang di Sabah semakin bertiup kencang.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan membuat sekali lagi gerakan politik untuk merampas kembali kerusi Ketua Menteri Sabah daripada Datuk Seri Shafie Apdal buat kali kedua setelah gagal berbuat demikian pada bulan Lepas.

Shafie Apdal dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ekoran UPKO dan beberapa ADUN yang melompat memberi sokongan kepada Shafie selepas Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada PRU-14 yang lepas.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat