Najib Belum Nak Kena Bayar RM 1.69 Billion Lagi

- Advertisement -

KEPALA baris (headline) sebuah artikel dalam ruang hiburan sebuah akhbar hari ini berbunyi, “Tajuk Tak Masuk Akal Undang Fitnah” (Harian Metro, 23 Julai), sedikit menarik perhatian.

Walaupun ianya dalam ruang hiburan tapi berkait juga dengan apa yang berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kes yang dihadapi beliau di Mahkamah semalam.

Tajuk yang digunakan media berkaitan kes itu menggambarkan dan dijadikan persepsi oleh sesetengah pihak seolah Najib perlu bayar ‘serta merta’ RM 1.69 billion cukai pendapatan tambahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) – bila hakikatnya seperti dijelaskan beliau dalam laman Facebooknya semalam “Hakim kata rayuan saya perlu di dengar di Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, bukan dalam Mahkamah”.

Oh, belumlah nak kena bayar lagi rupanya.

Itu bagaimanapun tak menghalang propaganda seperti Najib akan bankrap, PRK Pekan akan diadakan dan sebagainya, disebarkan majoriti penyokong pembangkang (ada juga oleh ‘penyokong’ kerajaan) di pelbagai platform media sosial, terutama Whatsapp.

Entah apa dapat dengan jadi yang pertama menyebar benda tak betul pun, kita tak tahu. Ada hadiah ke?

Nampak macam sia-sia saja kerja orang menulis berita ini jadinya – dengan segala nahu dan struktur ayat yang nak dijaga, kalau diakhirnya tu, yang akan dibaca dan disebarkan orang ialah tajuknya sahaja.

Wartawan Jadian
Kuantan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat