Kerajaan Tiada Niat Sekat Kebebasan Di Media Sosial – Saifuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan tidak berniat untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial.

Saifuddin memaklumkan, laporan yang tular berkaitan dengan keperluan lesen FINAS untuk perfileman dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi di Dewan Rakyat hari ini adalah tidak tepat.

Menurutnya, beliau hanya menerangkan tentang undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] yang diluluskan Parlimen pada tahun 1981.

Dalam satu kenyataan media hari ini katanya, akta tersebut telah digunakan selama ini, iaitu oleh kerajaan-kerajaan terdahulu, termasuk BN dan PH.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ambil maklum bahawa Akta ini perlu penambahbaikan,” katanya.

“Ini telahpun saya nyatakan dalam sidang media kad laporan 100 hari saya sebagai menteri KKMM pada 20 Jun 2020, iaitu KKMM sedang menilai semula semua undang-undang di bawah pengawasannya.”

“Oleh yang demikian, kami di KKMM terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja Akta dibahaskan pagi tadi, malah, semua undang- undang di bawah pengawasan KKMM supaya bersesuaian dengan kehendak semasa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat