Cabar Perlantikan Speaker, Dewan Rakyat Belum Terima Notis Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat I, Datuk Mohd Rashid Hasnon belum menerima sebarang notis tindakan undang-undang yang mencabar keabsahan proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya oleh Ahli Parlimen Bebas Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memberitahu, Dr Mahathir dan empat rakan yang lain boleh berbuat apa yang diinginkan dalam amalan demokrasi asalkan mengikut undang-undang.

“Saya mengambil maklum tentang Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir bersama empat Ahli Parlimen lain yang bertindak mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keabsahan proses pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti dilaporkan dalam sebuah portal berita tempatan.

“Saya tidak menerima notis tersebut dan terserah kepada proses undang-undang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik laporan media, empat lagi Ahli Parlimen yang turut mengambil tindakan serupa ialah Ahli Parlimen Bebas Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Bebas Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Bebas Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Bebas Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Kesemua mereka telah memfailkan saman pemula (Originating Summons) di Mahkamah Tinggi yang difailkan menyebut pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang DIpertua Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu adalah tidak sah, bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau peraturan mesyuarat dewan.

Mengenai dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengosongkan kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat dan lantikan baharu dibuat tidak memberi notis 14 hari, mereka berpendapat tempoh jawatan Yang Dipertua adalah dalam tempoh penggal atau hayat Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat