Konsert Ulang Tahun Ke 30 Tahun “Forever In Time” CROMOK Di Zepp Kuala Lumpur

- Advertisement -

Konsert ulang tahun Cromok yang ke 30 tahun dianjurkan oleh Digent Media dan bakal berlansung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2023, Konsert ini bagi meraikan 30 tahun  Kumpulan Cromox Ditubuhkan.

Legenda metal Cromok adalah sebuah nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Peminat muzik underground cukup mengagumi bunyi pantas riff gitar, kekuatan vokal dan solo gitar harmonik mereka.

Istilah ‘THRASHDITIONAL’ yang dipopularkan oleh band ini menggabungkan pengaruh heavy metal dengan unsur Melayu tradisional yang jelas ditonjolkan dalam lagu-lagu seperti Ulek-Metallurgical dan Siblings yang amat digemari ramai.

Band perintis thrash metal tempatan ini ditubuhkan pada 1987 oleh Karl (gitaris), Din (vokalis/gitaris), Sam (vokalis/pemain bass) dan Miji (pemain dram) di New South Wales,
Australia ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Wollongong.

Terpengaruh dengan kemunculan era thrash metal barat, mereka memulakan perjalanan muzik mereka bermain gig dan konsert kecil, seterusnya memiliki kumpulan peminat tegar dan berjaya menempa nama dalam kancah metal Sydney, malah muncul sebagai band terbaik Sydney berdasarkan undian oleh Hot Metal Megazine.

Namun selepas itu mereka berpecah dengan Din mengikuti haluannya sendiri dan menubuhkan D’cromok manakala Karl, Sam dan Miji pulang ke Malaysia dan kekal sebagai trio.

Album pertama, Image of Purity diterbitkan pada 1991 dengan lagu-lagu seperti Misty, Journey, Metallurgical dan Prophecy berjaya mendapat sambutan hangat peminat dan meraih Anugerah Emas.

Ini diikuti dengan album-album hebat seterusnya iaitu Forever in Time (1993), Yours Truly (1996), Mean, Meaner, Meanest (1999), What’s Left (2000), Deafening Silence (2002), Untitled (2003) dan beberapa album kompilasi.

Forever In Time, album kedua yang merangkul platinum berganda pada tahun 1994 menjadikan mereka ternama di puncak arena metal. Lagu-lagu seperti Memories, I Don’t Belong Here, Misery, Obsessed dan Another You terkenal di kalangan peminat serta pengkritik.

Lagu-lagu klasik inilah yang menjadi kegemaran dan siulan ramai, acap kali menggegarkan persembahan yang pastinya penuh peminat yang mengenali lagu tersebut dari hati.

Dari persembahan pembukaan mereka untuk konsert Metallica “Live In Kuala Lumpur” di Stadium Merdeka pada tahun 2013, menjadi bintang utama pelbagai jenis festival muzik dan penghias muka depan majalah muzik terkemuka, Cromok sentiasa membawakan sesuatu yang unik, kekal teguh dengan legasi mereka yang didambakan peminat. Band legenda ini terus hidup bersinar bak obor yang terang, pastinya amat menggembirakan para peminat mereka.

Acara Ulang Tahun ke-30 nanti bakal menjanjikan persembahan mantap yang pasti tidak dapat dilupakan berserta rakaman di belakang tabir yang belum pernah ditayangkan, konsep produksi yang hebat dan juga ‘Wall of Fame’ eksklusif yang menyimpan kenangan indah Cromok – tentunya sesuatu istimewa yang tidak harus dilepaskan peminat!

Untuk pembelian tiket boleh lawati laman web Tiket  Harga tiket akan bermula dengan Jualan Atas Talian: RM179, RM239, RM279, VIP RM669 dan Kaunter jualan: RM229, RM289, RM329,

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat