Umno Tanding 15 Daripada 36 Kerusi DUN Di Kedah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Kedah dijangka bertanding sekurang-kurangnya di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) negeri itu dijangka selesai sebelum Aidiladha ini.

“Dua daripada 36 kerusi DUN Kedah yang masih belum dapat dimuktamadkan oleh BN dan PH Kedah dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Saya ingat yang itu bukan isu untuk diselesaikan. Insya-Allah sebelum raya haji ini kita boleh selesai,” katanya lapor BH di Pejabat Umno Pendang pada Jumaat.

Menyentuh mengenai persediaan parti, beliau berkata, BN sudah memulakan gerak kerja, termasuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) setiap DUN.

“Katalah Sungai Tiang, ada lebih kurang 23 PDM, maka kita akan tubuh jawatankuasa di 23 PDM itu. Katakan di Tokai ada 21 PDM, maka tubuh 21 jawatankuasa,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, antara gerak kerja yang diputuskan adalah untuk memastikan semua jawatankuasa yang ditubuhkan itu bekerjasama dengan calon PH di DUN yang ditandingi mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat