Pemberian Vaksin Covid-19 Cecah 6.3 Juta Dos Setakat Selasa – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setakat semalam, pihak berkuasa telah memberikan keseluruhan 6,301,727 dos vaksin COVID-19 kepada penduduk di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 4,574,685 penerima dos pertama dan 1,727,042 individu yang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 226,093 diikuti Sarawak (188,852), Johor (183,709), Perak (158,991) dan Kuala Lumpur (151,632), katanya dalam hantaran menerusi Twitter.

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Dr Adham berkata sebanyak 250,529 dos diberikan semalam berbanding 235,623 dos hari sebelumnya.

Katanya daripada jumlah itu, 190,244 merupakan penerima dos pertama manakala 60,285 lagi dos kedua. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat