Peniaga Chini Gembira, PRK Beri Limpahan Rezeki

Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan...

Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

Cyberjaya - Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari...

Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Yang Radikal Untuk Felda

Cyberjaya - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan memerlukan perhatian dan strategi khusus bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan pandemik...

Lelaki Warga Malaysia Dipercayai Bunuh Diri Dalam Lokap Thailand

KANGAR - Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan meninggal dunia semasa berada dalam lokap Polis Daerah Padang Besar, Sadao, Thailand, Jumaat lalu. Lelaki yang berasal dari...

PAS, Umno & Bersatu Tak Boleh Berpisah – Hadi

Cyberjaya - PAS, Umno dan Bersatu tidak boleh berpisah dalam arena politik negara hari ini. Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang beekata demikian dalam status...

PEKAN – Rezeki pilihan raya. Itu kesimpulan buat para peniaga makanan dan buah-buahan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, apabila jualan masing-masing meningkat sekali ganda sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut.

Bagi mereka, ia bagaikan ‘durian runtuh’ dan disambut rasa gembira, kerana menambah pendapatan mereka, apatah lagi selepas pendapatan mereka terjejas sejak tiga bulan lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang terpaksa dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Rizal Mohamed, 41, penebar roti canai dan pemilik gerai makan pagi di Felda Chini 5, berkata, secara purata pada hari kebiasaannya dia menjual sekitar 100 keping roti canai namun disebabkan PRK, secara tiba-tiba permintaan melonjak sekitar 300 keping sehari.

“Memang dalam dua tiga hari ini tak menang tangan menebar roti. Ada limpahan kebaikan daripada pilihan raya ini… kebanyakannya adalah pengunjung luar yang mungkin berkempen di Chini. Alhamdulillah, rezeki pilihan raya,” katanya kepada Bernama.

Rizal yang turut berniaga masakan panas pada sebelah malam berkata, tempoh berkempen 14 hari calon-calon PRK yang bertanding di Chini akan akan digunakan peluang sebaik mungkin, untuk mencari rezeki tambahan.

“Peluang ini jarang-jarang berlaku dan insya-Allah kedai saya akan buka berniaga, sampai habis pilihan raya,” katanya.

Peniaga buah-buahan Norzita Said, 52, menyifatkan kemeriahan PRK meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sememangnya memberi kesan positif buat dirinya apabila buah-buahan seperti durian, mangga dan pisang, laku pantas.

Ujar beliau yang merupakan generasi kedua Felda, jika kebiasaan stok buah-buah mengambil masa hampir seminggu untuk habis dijual, namun kehadiran ramai petugas bagai memberi rahmat kepadanya.

“Makcik sangat seronok berniaga semasa pilihan raya ini, sebabnya buah-buah baru dibeli dengan peraih tak sempat nak diperam dalam stor pun habis dibeli orang,” katanya yang berniaga berhadapan tapak Pasar Tani Kekal di Bandar Dara Chini.

Sementara itu peniaga menjual menu laksa dan mee kari di Felda Chini 2 Sahilawati Hassan, 39, berkata, kedatangan pelanggan pada musim PRK bertambah sekali ganda.

“Bagi saya, rezeki datang dengan berbagai cara. Jadi ini adalah rezeki pilihan raya. Dalam dua tiga hari ini, lebih 100 mangkuk mee kari dan laksa dijual sehari, berbanding tak sampai 50 mangkuk pada hari biasa,” katanya.

PRK DUN Chini, dengan pengundian pada 4 Julai ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

DUN Chini mempunyai 20,990 pengundi.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan...

Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

Cyberjaya - Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari...

Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Yang Radikal Untuk Felda

Cyberjaya - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan memerlukan perhatian dan strategi khusus bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan pandemik...