Negara ketandusan pakar jantung, ini bukan soal ‘kacau’ hak istimewa Melayu, Bumiputera – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengkritik tindakan dan kenyataan segelintir pihak yang memandang remeh isu negara yang berdepan kekurangan doktor pakar dalam bidang kardiotoraks dengan dangkal mengaitkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum Bumiputera.

Khairy menyatakan sokongannya agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka sementara ruang untuk pegawai perubatan bukan Bumiputera menyambung pengajian ke peringkat pakar dalam bidang pembedahan kardiotoraks.

“Timbul isu bahawa UiTM kena buka dan kena terima kepada bukan Bumiputera secara umum, sedangkan tak ada siapa pun bincang perkara itu dan dikaitkan pula dengan pandangan pakar-pakar Perlembagaan tertentu yang mengatakan bahawa sebelum ada apa-apa keputusan mesti dirujuk kepada majlis Raja-raja sebab ini ada kaitan dengan satu Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Pertamanya, kita tak bincang pun soal nak buka UiTM kepada bukan Bumiputera secara besar-besaran dan secara umum sampai nak pakai baju hitam.

“Ini adalah isu untuk kita selesaikan pelatih-pelatih sekarang yang tidak akan dapat didaftar sebagai pakar kerana isu
parallel pathway yang bersandarkan silibus Royal College of Surgeons of Edinburgh (FRCS Ed) dengan menyifatkan program tersebut sebagai “haram”.

“Isu pokoknya adalah dalam keadaan negara tak cukup pakar bedah, terutamanya dalam bidang kardiotoraks (jantung, paru-paru) dan sebagainya, ini dijadikan isu.

“Jadi bagi saya kamu kena jadi manusia yang serius, jangan jadi orang yang titik bengik, remeh-temeh kamu kena jadi manusia serius kalau nak jadi titik bengik get out of here, kamu tak boleh pandang ini isu serius,” kata bekas Menteri Kesihatan itu dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Rabu.

Tegas Khairy, isu utama perkara ini adalah kita nak pastikan bahawa mereka ini dapat didaftar sebagai pakar kardiotoraks.

“Siapa yang in charge di sini ialah Menteri Kesihatan, Menteri Pengajian Tinggi kena selesaikan masalah ini dan juga Ketua Pengarah Kesihatan kerana beliau adalah Presiden Perubatan Malaysia (MMC) yang mencetuskan masalah ini dengan mengatakan bahawa dia tak iktiraf kepakaran ini.

“Jadi kalau tak iktiraf maka selesaikan segera masalah ini. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu kohort pula nak ajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck.

“UiTM dia tak boleh pergi sebab tak ada jaminan yang dia akan didaftar sebagai pakar dan dia terpaksa berdepan dengan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu Perkara 153 Perlembagaan.

“Oleh itu, Menteri Kesihatan, Menteri Pengajian Tinggi, Ketua Pengarah Kesihatan isu ini sudah lama berlarutan dan menjadi masalah perdebatan yang bodoh yang sekarang ini melibatkan perkara yang sepatutnya tak dilibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, selesaikanlah isu ini, kamu menteri, ketua pengarah kesihatan,” tegas Khairy.

Sementara itu, Khairy turut merujuk kenyataam Anggota Lembaga Program Parallel Pathway Alumni UiTM – Institut Jantung Negara (IJN), Raja Amin Raja Mokhtar berkata, UiTM bersetuju membuka laluan kepada pelatih bukan Bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks di universiti berkenaan.

Hal ini kerana, UiTM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama IJN dalam bidang kardiotoraks.

“Menurut Raja Amin, UiTM setuju sementara waktu untuk membuka ruang kepada mereka diserapkan supaya dapat didaftarkan sebagai pakar bedah kardiotoraks.

“Jadi saya rasa dia cuba buat perkara yang betul dalam keadaan parallel pathaway ada masalah dengan MMC, MMC tiba-tiba tak nak iktiraf benda ini sebab dulu tak ada masalah, tiba-tiba dia tak nak iktiraf jadi dia kata takpalah sehingga masalah itu diselesaikan datanglah ke UiTM, kita akan habiskan training kamu dan boleh didaftarkan sebagai pakar.

“Selesaikan semua kebimbangan MMC kepada program parallel pathaway yang sedia ada supaya mereka yang mengikuti program itu dapat selesai dan dapat layak sebagai pakar dan didaftar,” jelas Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat