Telefon hebat Siri HONOR Magic terima 100% maklum balas positif pengguna

- Advertisement -

Siri terbaharu HONOR dapat ulasan 5 bintang di laman web rasmi!

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2023 – Siri HONOR Magic gah sebagai lambang kejayaan jenama HONOR sejak pelancarannya dengan meraih populariti dan sanjungan dalam pasaran telefon pintar Malaysia. Kesungguhan HONOR yang mementingkan pengguna telah melonjakkan jenama mereka, dengan memastikan pelanggan berpuas hati terhadap khidmat dan pengalaman produk mereka.

“Kami mementingkan kepuasan pengguna dengan menambah baik pengalaman perisian dan perkakasan secara berterusan. Program HONOR Experience kami untuk HONOR Magic5 Pro di Malaysia mendapat sambutan menggalakkan dengan menerima 100% maklum balas positif. Ini menunjukkan dedikasi kami dalam mendengar dan menghasilkan telefon pintar yang mengikut kemahuan pengguna,” kata Justin Li, Pengurus Negara HONOR Malaysia.

Faktor kejayaan ini juga termasuklah kerjasama HONOR dengan pembekal termaju dunia dalam sektor perisian, perkakasan dan ekosistem. Kerjasama ini membolehkan HONOR mengintegrasikan teknologi terkini ke dalam produk dan membina pengalaman yang tiada tandingan bagi pengguna seluruh dunia.

100% maklum balas positif sebelum dan selepas pelancaran di Malaysia                                                                                          

Menurut Li, Program HONOR Experiencers pada Mac 2023 menyaksikan lebih 2,000 pendaftaran dalam tempoh 10 hari dan hanya 80 peserta bertuah telah terpilih. Cadangan dan pengalaman berharga mereka menjadi faktor penyumbang besar kepada pembangunan produk HONOR.

Selepas Siri HONOR Magic dilancarkan di Malaysia, HONOR Malaysia telah menerima maklum balas membersangsangkan terhadap Sir HONOR Magic. Sehingga kini, Siri HONOR Magic masih mempunyai 100% maklum balas positif di laman web rasmi HONOR. Berikut adalah maklum balas yang diambil daripada laman web rasmi HONOR:

“Telefon HONOR yang saya pilih ini hebat dan menyukai semua ciri-ciri yang ada pada HONOR Magic5 Pro. Tambahan pula, ia mempunyai perkhidmatan Google. Semua kembali normal dengan adanya perkhidmatan Google, sistem yang lancar, skrin yang bagus dan prestasi penggambaran foto lebih baik,” ulas seorang pengguna HONOR Magic5 Pro di laman web rasmi HONOR.

“HONOR Magic5 dilengkapi cip Top stream Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dengan versi penuh memori LPDDR5X dan versi peningkatan kepantasan memori kilat UFS 3.1, Antutu yang dijalankan lebih dari 1 juta mata. Bagi mereka yang gemar permainan mudah alih mungkin tidak menyukai skrin lengkung, namun HONOR Magic5 dimuatkan dengan skrin lengkung terapung OLED 6.73 inci yang memuaskan dan bukan mudah untuk sentuh bahagian tepi skrin. Ia menyokong kadar segar semula dinamik 120Hz dan kecerahan maksimum 1600 nits,” tulis pengguna HONOR Magic5.

“Saya telah beli Magic Vs dan mencubanya. Prestasinya terbaik, terdapat 3 perkara paling menarik: 1. Watt Bateri Tinggi membantu saya menyiapkan kerja seharian. 2. Skrin terbuka penuh dengan skrin rata dengan permukaan rata yang berbeza dari peranti lipat lain. 3. Reka bentuk anggun memberikan keselesaan walaupun dimasukkan ke dalam poket. Secara keseluruhan, memang berbaloi untuk wang dan aspek prestasi,” tulis seorang pembeli HONOR Magic Vs.

“Kami sangat gembira dan bersyukur menerima maklum balas sedemikian dan kami sentiasa mendengar dan memberi pengalaman terbaik kepada pengguna,” kata Li.

Di sini tiga telefon pintar Magic tersebut yang pasti mengagumkan mana-mana individu termasuk penggemar teknologi canggih:

 

 

  1. HONOR Magic5 Pro – Flagship Dark Horse

Alami dunia inovasi dengan HONOR Magic5 Pro, telefon pintar hebat dengan ciri-ciri termaju. Dinobat sebagai telefon pintar Terbaik Di MWC 2023 dan diiktiraf sebagai flagship dark horse oleh pakar teknologi tempatan, ia pastinya menarik minat individu dari pelbagai latar belakang seperti ahli perniagaan, peminat teknologi dan gamers disebabkan keupayaan kamera, paparan yang mampu melindungi mata dan jangka hayat bateri. Masih mencari yang terbaik? Tidak perlu fikir panjang, terus dapatkan HONOR Magic5 Pro hari ini

  1. HONOR Magic5 – Flagship Paling Berbaloi

Tanpa menjejaskan ciri-ciri sedia terbaik, HONOR Magic5 menawarkan nilai yang tiada tandingan, sesuai untuk golongan pelajar. Peranti ini dilengkapi dengan tiga teknologi keselesaan mata dan mempunyai kapasiti bateri terbesar dalam kalangan telefon pintar falgship pada 2023. HONOR Magic5 lebih nipis dan ringan berbanding versi Pro. Kuasa dan kecepakan bergabung dalam Smart Collaboration OS baharu, MagicOS 7.1 dan Snapdragon 8 Gen 2 bagi pengalaman flagship luar biasa pada harga mampu milik. Dapatkan HONOR Magic5 hari ini!

  1. HONOR Magic Vs – Telefon Pintar Boleh Lipat Elit Baharu

HONOR Magic Vs menawarkan pengalaman telefon pintar boleh lipat yang elit. Struktur tanpa jurang dan tanpa gear yang mengagumkan, ringan ultra dan nipis, serta jangka hayat bateri lama menjadikan HONOR Magic Vs menonjol dalam kalangan peranti boleh lipat elit. Untuk pemandangan lebih baik, Paparan Malam Sirkadia memberi keselesaan pemandangan yang lebih optimum. Peranti ini hadir dengan penggantian dua skrin retak selama 180 hari bagi melegakan hati pengguna yang gusar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat