PAS desak Zahid berundur jika PH-BN tersungkur dalam PRN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) tersungkur pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Penerangan PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin berkata demikian susulan cabaran Zahid agar Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menggunakan PRN sebagai kayu ukur sokongan rakyat.

“PAS yakin kemelut dalaman PH-BN selain kelemahan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlalu ketara akan dihukum rakyat dalam PRN ini.

“Andai PH-BN tersungkur, Timbalan Perdana Menteri perlu berundur secara terhormat,” desak Khairil Nizam dalam kenyataan semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut menegaskan bahawa PAS sangat memandang serius cabaran Zahid terhadap Muhyiddin itu.

Hal ini katanya, PRU15 telah membuktikan BN-UMNO merekodkan keputusan terburuk dalam sejarah kerana hanya tinggal 30 kerusi Parlimen sahaja.

“Dan Umno hanya tinggal 28 kerusi dan ini adalah pencapaian terburuk Presiden Umno setakat ini.

“Dengan pelbagai isu yang menyakitkan rakyat melingkari kerajaan PH-BN dan tunduknya Umno kepada DAP pastinya ahli Umno akan mengalih sokongan kepada PN,” ujarnya yakin.

Menurut beliau, peralihan sokongan ini juga ditambah dengan perbalahan pembahagian kerusi antara Umno dan DAP di beberapa negeri hingga ramai ahli Umno kini bertekad menentang Umno secara terbuka.

Ahad lalu, Zahid mengajak Muhyiddin Yassin, menggunakan PRN sebagai platform untuk menentukan tahap sokongan rakyat.

Bahkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden Umno itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu untuk menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan gabungan parti beliau. Marilah kita sama-sama membuktikan pada keputusan PRN di enam negeri nanti, siapakah yang lebih diterima rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat