“Saya Nak Pilih Parti Dengan Rela Hati Bukan Kejar PRN” – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menghargai tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti Bersatu namun beliau ingin memilih parti dengan rela hati.

Tegas Khairy, peluang kedua untuknya memilih parti politik adalah keputusan yang tidak mudah babhkan tidak sesekali dipandang ringan.

“Bila kita ada peluang kedua untuk memilih parti politik, saya tidak ambil keputusan ini dengan ringan. Saya tak buat keputusan hanya kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) hampir.

“Saya tak nak pilih (parti) sebab semata-mata ada PRN dalam dua bulan lagi dan saya nak menyertai pilihan raya sebab nak dapat jadi calon, sebab itu saya pilih.

“Saya nak pilih dengan rela hati sebab parti itu mewakili nilai saya dan pendirian politik saya, jadi saya perlukan sedikit masa dan bukan saya kata tidak kepada tawaran Muhyiddin,” katanya dalam siaran podcast Keluar Sekejap malam tadi.

Menurut bekas ahli Parlimen Rembau itu lagi, beliau enggan membuat keputusan berdasarkan emosi.

“Saya pun tak nak buat keputusan yang berdasarkan kepada emosi sebab mungkin nak balik, nak masuk semula dengan cepat… saya tak nak keputusan itu diundang disebabkan emosi nak balas dendam, nak mengajar mana-mana pihak ke, takut kecewakan rakan-rakan.

“Jadi saya harap bahawa mereka yang telah memberi tawaran kepada saya dapat memberikan saya sedikit masa lagi untuk memikirkan perkara ini saya tidak mengambil mudah, saya berterima kasih kepada Muhyiddin yang telah memberi tawaran secara umum.

“Memang saya ada ramai kawan dalam Bersatu, oleh sebab tidak ramai ada peluang kedua untuk memilih parti politik…jadi saya mahu keputusan saya ini betul-betul keputusan yang datang daripada hati saya,” jelas Khairy lagi.

Kata Khairy beliau akan memberi jawapan secara bersemuka kepada Muhyiddin apabila bersedia kelak.

“Saya akan bagi jawapan bersemuka dengan Muhyiddin, sebab itu cara paling tertib sebagai orang politik kita mesti tertib, mesti jumpa orang yang memberi tawaran kepada kita dan kita bagi jawapan secara ‘gentleman’.

“Setakat ini saya belum lagi dalam keadaan untuk membuat keputusan.

“Malah saya selalu ingatkan anak-anak saya ada tiga benda yang saya wariskan kepada anak-anak lelaki saya yang pertama agama Islam -tak boleh pilih agama lain, kedua pasukan bola sepak Manchester United (tak ada pilihan) dan ketiga parti politik. Tapi sekarang saya boleh pilih sebab saya dipecat jadi tidak ramai ahli politik macam saya,” ujar Khairy.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu kepada Khairy jika beliau mahu menyertai parti itu.

Menurut Muhyiddin, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat