Bonus ahli lembaga pengarah AKSB cuma prosedur biasa, hargai kerja perah minda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Prosedur biasa Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memberikan saguhati setahun sekali kepada ahli lembaga pengarah sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan-keputusan dasar kepada pihak pengurusan.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed menjelaskan, sebahagian besar lantikan ahli lembaga pengarah iaitu tujuh daripada sembilan orang adalah anggota yang profesional dalam aspek pengurusan dan teknikal air yang tiada apa-apa jawatan dalam parti.

“Kita mengambil maklum sebaran yang dibuat melibatkan pentadbiran AKSB berkaitan pemberian saguhati kepada ahli lembaga pengarah, kakitangan dan setiausaha syarikat.

“Walaupun dokumen bertahap sulit dan hanya boleh dicapai oleh segolongan orang tertentu sahaja tetapi ia kini telah disebar secara tidak wajar untuk tujuan memberikan persepsi negatif terhadap AKSB,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohamad Kamal berkata perbandingan dengan jumlah kepada kakitangan, pada saya ia tidak berbangkit kerana sebelum perkara ini viral, langkah penambahbaikan telah dibuat oleh pengurusan AKSB untuk kebajikan kakitangan bagi menghadapi hari raya seperti penjawat awam yang lain.

“Jika orang PAS sejahat mereka yang menyebarkan dokumen sulit dan berniat memburukkan kerajaan, boleh sahaja didedahkan bayaran-bayaran ‘one off’ bersifat setahun sekali kepada ahli lembaga pengarah GLC Persekutuan yang bukan sedikit juga jumlahnya termasuk syarikat air negeri-negeri,” bidas beliau.

Pun begitu, Mohamad Kamal menyatakan beliau masih optimis dengan tatakelola yang baik bukan sahaja menjauhi rasuah tetapi juga melibatkan soal integriti termasuk tindakan perut pedal hodoh mereka yang berniat jahat mendedahkan sesuatu yang secara pentadbirannya biasa diamalkan.

“Tinggal lagi saya mohon mencadangkan agar AKSB boleh menyiasat kebocoran dokumen sulit dalam kalangan kakitangan dan membawa orang yang wewenang mencanangkan prosedur dalaman kepada hebahan awam dengan niat secara tidak baik kepada pihak pengadilan.

“Dokumen sulit itu adalah dokumen yang dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,” ujarnya.

Terdahulu tular satu notis mengenai pemberian sagu hati raya kepada Ahli Lembaga Pengarah AKSB sebanyak RM10,000 yang tular sejak semalam.

Pemberian itu dipercayai membabitkan sembilan ahli lembaga pengarah AKSB. Selain itu, turut dinyatakan dalam notis itu mengenai pemberian saguhati kepada semua kakitangan bernilai RM200 dan kepada setiausaha syarikat RM2,000.

Perkara itu didedahkan oleh seorang individu di laman Facebook sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan berikutan mempunyai masalah air yang berpanjangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat