Langgar syarat perjanjian batal, Anwar ingatkan syarikat penyedia 5G

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sebarang pelanggaran syarat oleh syarikat telekomunikasi yang akan menjadi entiti penyedia rangkaian kedua perkhidmatan 5G melalui Digital Nasional Bhd (DNB), akan menyebabkan perjanjian terbatal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, peraturan dan syarat ketat akan dikenakan kepada syarikat terbabit bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat, yang akan dikawal khusus Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Pengalaman kita puluhan tahun dengan syarikat telekomunikasi tidak sangat memberangsangkan. Pertamanya, isu ketersambungan dan keselesaan kepada pengguna, dan keduanya, soal kos serta bayaran (dikenakan) kepada pengguna.

“Sebab itu, dalam peraturan dan syarat ketat yang dikawal kementerian khususnya SKMM, hal ini diambil perhatian…maknanya perjalanan 80 peratus (5G) yang awal dikendali dan dibiayai kerajaan itu akan ditanggung bersama oleh DNB dan syarikat telekomunikasi.

“Keduanya, syarat itu tidak boleh dilanggar. Kalau dilanggar, aspek perjanjian dengan syarikat ini akan terbatal.

“Sebab itu, dalam kes 4G sekarang ini, sangat tidak memuaskan kerana pengguna tidak mendapat manfaat walaupun syarikat mencatatkan keuntungan yang sangat besar,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai langkah kerajaan untuk memastikan perkhidmatan 5G selepas DNB diambil alih oleh syarikat telekomunikasi mencapai tahap kualiti optimum.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat