Amy Mastura ikon gaya hidup sihat bersama rasa Rosz

- Advertisement -

Seiring dengan perubahan gaya hidup masyarakat hari ini yang semakin menitikberatkan pemakanan sihat, ringkas dan berkhasiat, figura tersohor Amy Mastura tampil sebagai simbol inspirasi wanita moden melalui kolaborasinya bersama Rasa Rosz.

Sudah lima tahun menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama makanan tersebut, Amy bukan sekadar menjadi wajah promosi, malah aktif dalam pembangunan produk – termasuk menyumbang idea untuk resipi tertentu seperti Nasi Daging yang menjadi kegemaran ramai.

“Bagi saya, apa yang kita makan memberi kesan kepada tenaga dan emosi harian. Sebab itu saya suka produk Rasa Rosz – ia mudah, cepat disediakan dan paling penting, bahan-bahan yang digunakan segar dan asli. Sesuai sangat dengan jadual saya yang padat,” ujar Amy yang turut sibuk dengan penggambaran drama dan persembahan pentas.

Ketika ramai artis memilih untuk melaburkan nama dalam bidang fesyen dan kecantikan, Amy memilih sesuatu yang lebih dekat di hati rakyat — makanan. Jenama Rasa Rosz yang diasaskan oleh Datuk Seri Rozita Ramelan kini melangkah lebih jauh dengan pelancaran 40 pes baharu termasuk sambal sedia dimakan dan perencah pelbagai guna untuk kegunaan rumah mahupun industri makanan.

“Apa yang saya suka, produk mereka mesra semua golongan — ibu bekerja, pelajar, malah yang bujang pun boleh masak sedap tanpa perlu terlalu banyak bahan. Saya sendiri guna pes Rasa Rosz kalau nak masak cepat untuk anak-anak,” kongsi Amy sambil tersenyum.

Rasa Rosz juga terus berkembang dengan pembukaan cawangan restoran baharu yang menawarkan bukan sahaja masakan tradisional, malah menu moden seperti burger ayam panggang dan cauliflower rice. Ia sejajar dengan usaha Amy mempromosikan gaya hidup sihat — sesuatu yang beliau amalkan sejak sekian lama.

“Dengan pilihan menu yang sihat tapi tetap sedap, saya yakin Rasa Rosz bukan sahaja tentang makanan, tapi tentang keseimbangan hidup. Kita tak perlu berkompromi antara rasa dan kesihatan,” tambahnya.

Jelasnya, kolaborasi ini bukan hanya satu perjanjian perniagaan, tetapi refleksi kepada kepercayaan dan keserasian antara dua wanita hebat — Amy dan Datuk Seri Rozita — yang menjadikan makanan sebagai satu misi.

Untuk mengikuti perkembangan terbaru dan promosi menarik dari Rasa Rosz, orang ramai boleh mengikuti akaun media sosial mereka di Instagram, Facebook dan TikTok @rasaroszresto.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat