Kekalkan Semangat Toleransi Demi Kesejahteraan Dan Kemakmuran – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru agar semangat toleransi yang diamalkan semenjak dahulu lagi perlu dikekalkan demi kesejahteraan dan kemakmuran.

Beliau juga menyeru agar masyarakat menghentikan sebarang provokasi dan perbalahan yang akhirnya akan merugikan diri sendiri dan negara.

Katanya lagi, natijah daripada keamaan yang dikecapi hari ini, beliau ingin menyeru semua rakyat di negara ini terutamanya rakyat di negeri Pahang agar memperkuatkan semula amalan kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan juga sahabat handai pada perayaan ini.

“Amalan ziarah menziarah sebegini sudah pastinya mampu merapatkan lagi tali persaudaraan sesama kita.

“Saudara dan saudari sekalian, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, marilah kita bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaan yang telah diberikan kepada kita.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu saya dalam menjaga dan mentadbir negeri Pahang dengan baik selama ini.” kata Wan Rosdy ketika menyampaikan Perutusan Hari Raya Aidilfitri, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau juga dengan penuh rendah diri memohon ampun dan maaf andai tersilap kata, terkasar bahasa, serta terkhilaf perbuatan yang menyinggung perasaan sepanjang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Pahang.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat