Tiada vaksin atau rawatan untuk atasi perubahan iklim – Dr Jemilah

PUTRAJAYA: Setiap pandemik yang mengancam nyawa manusia mempunyai vaksin bagi mengelak kehilangan nyawa, namun tidak bagi perubahan iklim, demikian pandangan Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Mengambil contoh pandemik COVID-19, Dr Jemilah berkata vaksin bagi pandemik itu berjaya dihasilkan menggunakan teknologi Messenger RNA (mRNA) yang selamat terhadap tubuh manusia.

“Sekarang kita berhadapan COVID-19 yang semua tahu boleh meragut nyawa, tetapi vaksin telah ditemui. Bagaimanapun tiada vaksin bagi perubahan iklim walaupun kesannya sama.

“Perubahan iklim berpunca daripada keghairahan pembangunan sehingga alam sekitar dirosakkan. Ini petanda buruk kerana kerosakan alam sekitar menyebabkan haiwan kehilangan habitat mereka sekali gus mendatangkan kesan kepada manusia,” katanya pada sesi Webinar ‘Peranan Malaysia Menangani Perubahan Iklim’ hari ini.

Sesi secara maya itu dianjurkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sempena Hari Bumi Sedunia 2021 yang turut disertai Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Justeru, Dr Jemilah berkata pengetahuan mengenai perubahan iklim perlu bermula pada peringkat sekolah bagi meningkatkan tahap kesedaran pelajar mengenai cabaran itu.

Sementara itu, Zaini mengajak rakyat negara ini untuk mengamalkan 10 amalan ke arah alam sekitar lestari antaranya mengamalkan kitar semula, menggunakan elektrik serta air secara berhemah, menanam 12 pokok setahun dan mengamalkan gaya hidup hijau.

Kesemua amalan itu dapat mengurangkan kesan perubahan iklim sekali gus sebagai penyelesaian berkesan untuk jangka masa panjang, katanya.

Beliau berkata kementeriannya sedang membangunkan pelan perancangan jangka panjang, ‘Long-Term Low Emissions Development Strategies (LT-LEDS)’ untuk dikemukakan pada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Katanya pendekatan hala tuju rendah emisi atau ‘low emissions pathway’ merupakan antara strategi negara bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dalam jangka panjang.

— BERNAMA

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...

Kelulusan Rentas Negeri Akan Lebih Ketat, Cegah Salah Guna – KPN

PETALING JAYA - Kelulusan permohonan rentas negeri akan diteliti dengan lebih ketat lagi bagi memastikan tiada individu menyalahguna atau memalsukan kebenaran itu. Ketua Polis Negara,...

Rekod Tertinggi 47 Kematian, 4,865 Kes Baru Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan kes kematian tertinggi akibat jangkitan COVID-19 selama dua hari berturut-turut, iaitu sebanyak 47 kes dilaporkan hari ini, berbanding 45 kes...