Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (23 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 835 Sekatan Jalan Raya dan pemeriksaan ke atas 581,942 kenderaan.

2. Sebanyak 41,184 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 6,658 premis telah diperiksa

3. 763 individu ditahan kerana ingkar PKP, 648 direman dan 115 individu dijamin polis

4. Seramai 860 individu dituduh di mahkamah semalam

5. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 22 April 2020 adalah sebanyak 18,498 individu

6. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

– Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 3,585 operasi sanitasi di 113 zon termasuk di 30 Zon Merah

– Semalam, sebanyak 253 operasi sanitasi meliputi 79 zon di 13 negeri, termasuk 39 kawasan di Johor dan 26 di Perak

– 181 bangunan Kerajaan, 158 tempat awam, 103 pusat perniagaan dan 16 pasar raya telah disanitasi

– Secara keseluruhan, sebanyak 2,423 bangunan Kerajaan, 1,498 tempat awam, 1,590 pusat perniagaan, 248 pasar raya dan 1,205 kawasan perumahan termasuk PPR telah disanitasi

7. Setakat 23 April 2020, sebanyak 201 Pusat Kuarantin telah beroperasi dan 15,880 individu dikuarantin wajib

8. 535 rakyat Msia telah pulang ke tanah air semalam & dikuarantin wajib

9. 16,416 rakyat Msia yg pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020.

10. Bekalan Makanan PKPD di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur

– Kerajaan telah mengarahkan DBKL dengan kerjasama JKM untuk ambil tindakan bagi memastikan pengagihan bekalan makanan di kawasan PKPD ini diselesaikan segera

– Penduduk yang menghadapi masalah untuk membeli barang keperluan harian lain seperti susu dan lampin bayi serta lain-lain boleh menghubungi pusat operasi di PKPD tersebut namun kos perlu ditanggung oleh mereka sendiri

11. Kenderaan komersial tetap perlu menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM dengan membuat temujanji terlebih dahulu

12. Proses pendaftaran kenderaan oleh JPJ dan APAD boleh dilaksanakan dalam talian (online)

13. SOP Bulan Ramadan

– SOP PKP ketika bulan Ramadan kekal melainkan operasi kenderaan awam dilanjutkan dari jam 4 petang hingga 10 malam, berbanding jam 5 petang hingga 10 malam sebelum ini

– Operasi Pasar Awam dilanjutkan dari jam 6 pagi hingga 2 petang, berbanding jam 6 pagi hingga 12 tengah hari sebelum ini

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat