Mesyuarat MKT sebulat suara sokong tindakan boikot Pemuda UMNO – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) malam tadi sebulat suara sokong tindakan boikot yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda, Dr Akmal Saleh, MKT UMNO juga menyokong permintaan Pemuda UMNO agar tindakan lebih tegas dan keras diambil kepada pihak yang telah menodai kesucian Islam apabila meletakkan kalimah Allah di stoking.

“Kita semua sedia maklum, DAP dan MCA telah berjumpa Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi untuk tidak membenarkan tindakan boikot.

“Hari ini (MKT UMNO) sebulat suara telah membenarkan dan juga bersetuju dengan tindakan yang kita buat.

“Ini satu signal yang sangat jelas bahawa kita bersama dengan rakyat yang terkesan hari ini dan sedih dengan apa yang telah berlaku,” kata Dr Akmal kepada Suara.TV selepas melakukan walkabout di Vintage Night Market, Jalan Raja Bot, Kg Baru, malam tadi.

Dalam pada itu, Dr Akmal menjelaskan tindakan boikot adalah untuk memberi amaran dan pengajaran yang keras kepada mana-mana pihak bukan sahaja KK Mart yang cuba bermain isu 3R pada masa akan datang.

Katanya lagi, boikot ini akan tetap diteruskan sehingga Pergerakan Pemuda berpuas hati.

“Boikot ini akan tetap diteruskan sehingga kita berpuas hati.

“Kalau ikutkan saya sehingga kedai itu tutuplah, sebab kita mahu beri tindakan yang keras .

“Kita tunggu juga tindakan daripada PDRM yang mana kertas siasatan sudah siap, dan akan diangkat kepada Peguam Negara untuk pendakwaan. Seluruh rakyat Malaysia menunggu apakah keputusan daripada Peguam Negara , kalau tak ada kita lakukan strategi lain,” ujarnya lagi.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat