Sempena bulan Ramadan ini, VIT’S melancarkan lagu dan muzik video raya yang bertajuk “Syukurnya Raya, Vit’s Kan Ada” dengan penampilan khas penyanyi lagenda negara Yang Berbahagia Datuk Khadijah Ibrahim.
Pada tahun ini, VIT’S membawakan sedikit kelainan dengan mencipta lagu raya bersama penyanyi veteran negara YBhg Datuk Khadijah Ibrahim. Seperti tahun sebelumnya, VIT’S memfokuskan lebih kepada pelbagai promosi seperti drama raya yang memberi banyak pengajaran dalam kehidupan dengan inisiatif yang mendekatkan jenama dengan pengguna di Malaysia yang lebih terhibur dengan drama atau sketsa di bulan Ramadan dan Aidilfitri.
Penghasilan Muzik Video dan Lagu Syukurnya Raya VITS Kan ada ini mengambil masa 1 bulan yang bermula dari penghasilan lirik oleh Baizura Tazri, penghasilan melodi oleh Syahir Miswan, muzik yang di gabungkan oleh Aliyas Zakaria serta konsep muzik video oleh Hairul Asyraf. Lagu dan muzik video ini menampilkan suasana beraya di zaman 1970an serta transformasi ke zaman moden kini bersesuaian dengan perjalanan di sebalik jenama VITS yang telah bermula sejak tahun 1975 lagi.
VITS merupakan jenama mi segera buatan Malaysia yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 1975 lagi. VITS juga merupakan pemegang sijil Halal Jakim semenjak 1980an dan telah melebarkan sayap ke lebih 25 pasaran antarabangsa.
En YT Lai selaku Pengarah Urusan VITS berkata, tahun ini VITS membawa banyak kelainan dalam penghasilan produk yang lebih memikat selera. Beliau yang lebih dikenali dengan nama Noodlesman Malaysia juga memberitahu VITS telah melancarkan mi segera terbaharu yang diberikan nama Pan Mee Segera. Tekstur mi yang lebih tebal dan kenyal, sesuai untuk kita seisi keluarga.
Untuk infomasi lebih lanjut tentang produk anda boleh lawati www.vitsnoodles.com.my
Lagu Syukurnya Raya, VITS Kan Ada ini boleh di stream secara digital rasmi di semua portal muzik digital dan media sosial mulai hari ini.
Segala pertanyaan dan maklum balas boleh di usulkan kebahagian komunikasi pemasaran di e-mel kami [email protected] kepada Puan Nor Syazwany.