Wan Rosdy Ikrar Mahu Umno Kembali Jadi Pilihan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mahu Umno kembali menjadi pilihan rakyat di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang itu menyeru seluruh ahli Umno dapat bersatu hati untuk perkuatkan semula parti.

“Apa yang penting, selepas selesai pemilihan Umno tempoh hari, seluruh ahli dapat bersatu hati untuk perkuatkan semula parti.

“Supaya Umno kembali menjadi pilihan rakyat negara ini yang terus membawa perjuangan demi agama, bangsa dan juga tanah air,” seru Wan Rosdy dalam hantaran di Facebook, semalam.

Wan Rosdy yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pahang; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani diumumkan secara rasmi menang jawatan Naib Presiden Umno bagi penggal 2023-2026.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat