Azalina Akan Bantu Jentera Penerangan Pacu Umno Bangkit 2.0

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kepercayaan yang diamanahkan Presiden Umno kepada Datuk Seri Azalina Othman Said apabila dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno yang baharu akan memacu parti ke arah Umno Bangkit 2.0.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, beliau akan bersama jentera penerangan dalam parti akan berusaha mempamerkan imej Umno yang lebih progresif.

“Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada saya sebagai Ketua Penerangan Umno.

“Saya sifatkan pelantikan in sebagai satu cabaran dan tanggungjawab yang besar buat saya, namun saya sedia untuk memikul amanah ini dengan sebaik mungkin.

“Saya anggap ini juga peluang saya untuk bersama-sama jentera penerangan parti dalam mempamerkan imej Umno yang lebih progresif,” ujar Ahli Parlimen Pengerang itu dalam kenyataan semalam.

Menurut Azalina, sebagai parti di dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, Umno perlu bersedia dalam pelbagai aspek, justeru jentera penerangan memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat serta dasar-dasar parti ke peringkat akar umbi.

“Saya berharap dengan pengalaman di dalam kerajaan dan parti yang saya ada boleh membantu Umno untuk terus bergerak ke hadapan dalam membawa hala tuju UMNO Bangkit 2.0.

“Kita perlu bergerak dalam satu pasukan yang kuat dalam usaha memberi khidmat bakti yang terbaik kepada parti,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat