Skim Jaminan Kredit Perumahan terus dibiaya kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Ia merupakan salah satu Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kewangan pada tahun 2022.

KPKT dalam kenyataan menyatakan, Belanjawan 2023 mengumumkan, kerajaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad telah bersetuju menyediakan jaminan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM5 bilion nilai pinjaman yang
bakal memberi manfaat kepada 20,000 peminjam yang memerlukan.

“SJKP merupakan program yang menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig.

“Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 16,808 peminjam telah menerima manfaat dengan nilai pinjaman 2.32 bilion daripada pelaksanaan SJKP ini,” katanya.

Justeru, KPKT memberitahu pemohon yang tergolong dalam kumpulan sasaran yang terlibat di bawah SRP, masih boleh mendapatkan pembiayaan melalui SJKP ataupun Institusi Kewangan.

Jelasnya, KPKT akan terus menyokong usaha membantu peminjam mencapai impian pemilikan rumah selari dengan aspirasi dan keprihatinan kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

Justeru katanya lagi, inisiatif ini akan membolehkan profil pembeli B40 dan M40 lebih kompetitif untuk mendapat tawaran pembiayaan rumah daripada institusi kewangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat