Pembantu Tadbir FELDA Kena Penjara Tipu Cek Khairat Kematian

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang pembantu tadbir FELDA dihukum penjara 13 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd Azlan Jainal, 36 tahun menerima hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap 10 tuduhan menggunakan cek palsu bernilai RM64,734.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara Mac hingga April 2021.

Pengakuan bersalah itu dibuat tertuduh selepas semua 10 pertuduhan selesai dibacakan di hadapan hakim, Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Ahmad Zamzani turut menetapkan denda RM68,500 untuk semua pertuduhan dihadapi Mohd Azlan dan penjara 29 bulan jika gagal membayar denda ditetapkan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rif’ah ‘Izzati Abdul mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 467 KK.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pernah bertugas di FELDA Jengka 12 Melor, dekat Maran, melakukan kesalahan itu antara Mac hingga April 2021 dengan mengeluarkan 10 keping cek atas namanya sendiri.

Cek itu pada asalnya adalah untuk keluarga peneroka yang meninggal dunia dan bagi tujuan pembayaran khairat kematian.

Pengurus dan penyelia FELDA itu mengesahkan mereka tidak pernah menandatangani cek digunakan tertuduh dalam kes berkenaan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat