PM Merafak Sembah, Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri mendoakan agar Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Johor Darul Ta’zim dengan adil dan saksama. Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Anwar kini berada di Arab Saudi untuk lawatan rasmi tiga hari bermula semalam. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat